selamat ulangtahun buat teman

Terasa seperti dah lama tak menulis. Kesibukan datang menerpa. Esok ada 3 quiz utk dijawab, harapnya dapat ditempuhi dengan sempurna, InsyaAllah. Sementara material masih agak senang ni, elok jugak aku fokus study. Nanti lambat laun dah susah lagi payah nak score.

Thn lepas aku dan beberapa org lagi rakan ambil satu kelas statistic ni. Kami tak faham langsung apa yg profesor tu ajar.I think that was one of the worst class I have taken. Selalunya sesusah mana pun subjek tu, bila nak exam kita tahu nak study apa. Bab apa dah cover, bab apa perlu lebih penekanan. But when you reach a point where you don’t even know what you don’t know, mmg lah kes parah. Satu lagi, bila kita nak pergi exam tapi dah tak kisah dgn performance kita samada dapat A ke, B ke, mahupun lulus atau gagal sekalipun. Tu pun kes kritikal jugak. Kalau lama lama dibiarkan, mungkin minat nak belajar boleh terhakis terus. Manusia ni mudah leka dgn tanggungjawab. Tapi nasib baik juga parents aku rajin tanya perihal studyku. Terima kasih ayah & mama! Plus pihak MARA pun sejak akhir akhir ini bersungguh sungguh meniup semangat rajin belajar dalam diri kami:)

Oh ya, Happy 4th annivesary buat 2 org temanku, Yat dan Seypol. Hopefully ngkorang happy selama lamanya di sisi 2 hero tu yek;). You guys are really a great couple, great mom, great dad, and great friends!!!

Ku pintalkan harapan agar persahabatan antara kita terus berkekalan…

quiz vs tv

Henry:The bad guys go into the doom.

Me: Go where?

Henry:You know, the doom. The bad guys, they go in the doom.

Me: How do you know?

Henry: It’s in the Indiana Jones. In the tv.

Heheheheh..tulah telatah budak Preschool kat tempat kerja. Kekadang kita yg ketinggalan, tak faham apa yg dibincangkan. Tu baru indiana jones, tak masuk karakter karakter dalam cerita pokemon lagik tu.

Tadi celebrate birthday Ena. Happy 22nd Birthday Ena! Kenyang makan di Madison Masala. Tempat tu jadi salah satu restoran favorite kami since lamb dia halal.Alhamdulilah, ada juga daging halal kat negara orang yek.

Kena buat hw german pulak. Jumaat ni ada 3 quiz terus; german, operation management & actuary. Tak suka sungguh kalau ada quiz hari jumaat. Sbbnya hari khamis byk cerita best. Ada Friends, CSI, ER, Will and Grace, & Without a Trace. Haa,sumer yg rate top 10 kat US ni letak satu hari! Dahlah sekarang tv ada di bilikku:) Kalau buat hari isnin quiz kan best. Sbb weekend bukan ada cerita pun kat tv. Dia assume semua org pergi berparty dan mabuk lah tu.

P.S: Site ni masih dalam pembikinan, sorilah tak ada masa nak siapkan betul betul. But one day I will:)

Calos, homework ku sudah memanggil!

career choice

Yesterday was the first day in my life that I really know what I want to do in the future. I’ve been thinking about this for some time now, but never really think it seriously. But yesterday, I think I made my decision. I want to be a Preschool teacher. Definetely.

At first, dulu plan nak kerja jadi actuary utk beberapa thn, then baru berhenti dan cuba bukak my own tadika. Tapi after giving it a thought, kalau aku start kerja dulu jadi actuary, bila aku nak berhenti? When is my turning point? Nanti nak kahwin, then dapat anak, then bila nak berhenti? Tangguh punya tangguh, lama lama akhirnya aku akan jadi actuary seumur hidupku? I don’t want that. Sebab tu aku rasa lebih baik lepas aku grad nanti aku terus sambung study dlm bidang child development & ambil certificate. Then kerja jadi cikgu tadika dan seterusnya bukak my own tadika. Walaupun mungkin org rasa buang masa, tapi aku bukannya tua sgt pun. Masih ada masa nak ubah masa depanku, masih belum terlambat rasanya. Tadi aku tgk movie Mrs Doubtfire, Robbie Williams kata ‘have you ever think to freeze a moment in your life and look back and said this is not what I want to be. Aku taknak jadi macam tu. Aku nak buat something yg aku minat for a living. Aku masih ingat time BTN tempoh hari penceramah (nama dia Tengku Farid Rithaudeen) pesan –choose a job that you interested with, so that you can handle the heat. Aku tak rasa aku suka jadi actuary. Aku tak rasa aku dapat handle workload pressure jadi actuary. Tapi kalau pressure kat tadika, aku tak rasa aku kisah sbb aku minat,kan?

Lagikpun aku masih ingat dulu kalau org tanya nak sambung Master atau Phd ke tak aku mesti kata tak mahu. I’m done with studying. Tapi sekarang ni bila aku fikir balik kalau dalam bidang child development & education aku tak kisah nak sambung belajar. Dulu aku pelik macamana lah org boleh rajin belajar tinggi tinggi sampai Phd. Sekarang aku faham, mestilah mereka minat dgn apa yg mereka study. Alhamdulilah…Allah S.W.T bantu aku lihat jalan apa yg aku minat. Walaupun dah terlambat sikit, aku tak rasa rugi sbb degree BBA yg InsyaAllah aku dapat hujung thn ni pun boleh membantu aku nak bukak bisnes sendiri.

Aku tahu mama mungkin tak setuju, sebab actuary satu kerjaya yg byk opportunity. Byk sykt perlukan actuary sekarang ni, sbb tulah asalnya MARA hantar kami kat sini:). Tapi nak buat apa duit banyak kalau tak bahagia kan.Contohnya Chef Wan tu akauntan tapi minat masak, abang aku sendiri ada degree law tapi jadi eksekutif bank sebab dia minat bidang tu. Aku pun nak jadi seperti mereka, nak buat apa yg aku minat. Rasanya MARA tak kisah kot, mereka kan galakkan bumiputera jadi usahawan;)

Now I am able to see myself in the future.Semua org ada impian, harapnya impian aku juga akan jadi kenyataan… InsyaAllah.

grades driving us crazy!

It’s damn freezing outside. Sekarang ni around -14 Celcius. Ditambah pula lokasi kelas hari ini memaksa aku mendaki Bascom Hill. Dah sethn tak naik atas tu. Penat jugak, fuhh…Apa pasal laa diorang buat kelas atas bukit. Memanglah pemandangan dia nampak cantik, tapi tak sesuai rasanya waktu winter ni. Bukan aku sahaja yang bermasalah, mat saleh pun berkelubung wajah menahan diri dari angin sejuk. Tapi macamanapun aku tetap bersyukur. Sebabnya cuaca paling sejuk pernah Wisconsin alami setahu aku mencecah -60 Celcius. That was a few years back before I came here.Fuhh..lega.

Oh yer, permohonan pass/fail option utk subjek german aku diluluskan. Alhamdulilah…Kiranya nanti final grade aku dalam transcript keluar either pass or fail jer, tak ada A/B/C and tak diambil kira utk GPA. Aku rasa ni peluang baik kepada students utk belajar lebih byk bidang. It gives more opportunity for students to concern more about the knowledge, rather than just the grade. Macam Univ aku ni offer byk subjek elektif yg menarik. Ada wide range of languages, interesting P.E classes such as fencing, horsebackriding, bowling, dan juga art classes mcm sculpture dan theatre. Tapi bebudak Malaysia selalu risau pasal pointer. Yerlah, lagi rendah pointer lagi byk kena bayar loan. So kalau enroll semata mata utk belajar tak ada lah risau sgt kan. Agaknya patut jugak kita apply option begini dekat sek. men. kat Malaysia. Aku pernah dgr ada satu univ dekat California totally tak gunakan grade. Kiranya dalam transcript cuma tulis this student has high self esteem bla bla… Asalnya pentadbiran tak mahu gunakan grade sebab students jadi terlalu fanatik dgn grade, bkn dgn ilmu yg mereka dapat. Tapi perkara tu dah dimansuhkan sebabnya susah utk bebudak graduate dari Univ tu nak apply kerja. Betul jugak kan… Aku rasa kat Malaysia pun grades drive students crazy. Tapi kat Jepun lagi teruk rasanya. Ada aku dgr budak bunuh diri sbb tak dapat good grades. Betul ke?

kelas

Masih ada perkara belum selesai untuk kelasku semester ini. Asalnya aku daftar kelas Act Sci 653. Tapi tgk tgk syllabus hari ni tulis pre-requisite dia Act Sci 652 pulak… Dulu time enrollment tak ada mention pun. Kalau tahu macam ni, siang siang lagi aku pilih kelas lain. So sekarang ni, aku terpaksa cuba ubah kelas german dan management aku pulak. Hampeh sungguh cikgu tu. Bila aku tanya dia, dia kata you need to do extra reading from the book, good luck. Hilang semangat aku. Yg wajib pun aku malas baca, inikan pula extra reading!

Inilah yg tak best uruskan enrolment kelas sendiri. Yg best boleh pilih nak ambil kelas pukul berapa, so tak perlu bgn awal pagi 🙂 Yg tak bestnya bila jadi mcm ni. Pening kepala nak buat keputusan. Sudahlah subjek subjek Act Sci universiti offer sethn sekali. Kalau tersalah langkah, tak pasal pasal kena extend. Padahnya? Terpaksa bayar MARA lebih 25%!!! MARA dah keluarkan converter table utk batch kami. Sesiapa extend kena bayar extra 25%. Fuhhh…tak mampu eden. Lagikpun mestilah nak grad dgn teman teman seperjuangan. Tak best laa kena tinggal,kan?

Homework ku sudah menanti. Tadi dah belajar sebut kapal selam dalam bahasa german = unterseeboot. Agaknya german byk sangat kapal selam sampaikan hari kedua dah belajar. Mcm U-571 tu;)

subuh

Alhamdulilah, kelas hari pertama berjalan lancar.Ich heisse Monina ( Nama saya Monina)Belajar berkenalan dlm kelas german hari ini:)

Terima kasih buat mereka yg sign guestbook aku. Bangga fajar datang singgah jurnalku;)

Aku sebenarnya masih baru belajar bertatih dalam online jurnal ni.Aku memang suka tulis diari. Sejak form 1 lagi aku tulis diari bagi menghilangkan rasa sunyi tika tercampak di bumi asing. Tapi walaupun aku suka menulis, aku kurang minat dengan komputer. Kalau pc aku ada masalah, mulalah aku nagging roomate aku yg major computer science.Pasal html lagilah aku tak tahu.Kira satu masalah jugaklah kalau nak berjinak dgn online jurnal ni. Nasib baik peminat setiaku bagi semangat:)Thanx to my Stitch!

Aku tersentuh jugak bila fajar tulis pasal quran.Memang manusia mudah alpa tentang pengisian rohani. Aku pun baru baru ini terfikir tentang perangaiku yg kadang kadang melengahkan solat. Aku pernah dgr orang pesan kalau kita melambatkan solat, nanti Allah S.W.T pun melambatkan pemberian nikmat-Nya kepada kita.Tapi dalam kelekaan kadang kadang aku masih terlupa tentang hal itu.

Aku terkenang betapa semangatnya aku bangun jam 6 pagi untuk menonton Juara Lagu online. Semester lepas aku bgn jam 5 pagi utk study business law, dan cuti thanksgiving tempoh hari pun sanggup bgn pukul 5 pagi utk kejar early bird sale di outlet. Tapi kalau subuh? 15 minit nak habis baru terkial kial nak mengambil wuduk. Susah sungguh nak menguatkan semangat diri…sesiapa ada tips? Aida pernah pesan selagi kita tak solat subuh, selimut yg menyelimuti kita tu bagaikan kulit khinzir. Tapi time aku ngantuk kengkadang tak sempat nak ingat benda tu. Agaknya kalau aku dapat lihat dgn mata kasarku berapa ekor syaitan yang mengelilingi waktu subuh mesti aku terus melompat bangun. Aku tak mahu terus menerus tewas di tangan syaitan syaitan itu. Hari hari seterusnya perlu lebih prihatin yer lara…

esok start kelas!

Esok kelas!!!

Aku kena pergi business office buat opt pass/fail dan mungkin utk advising sekali? Nak double check requirement cs aku, kenapa dars report tak buang pun lagik requirement tu. Risau gak.

At last dah habis bersihkan bilik aku. Kengkononnya pre-clean up before grad laa tu;) Lepas tu makan Sa Bai Thong delivery dgn Nany, habis duit lagi. Pemalas betul nak masak ek…

Alrite,aku nak pergi grocery pulak dgn lyss. Kereta kami dah rosak, kenalah tumpang lyss.Nampaknya byk sungguh brg yg dah mula rosak…semua dah tua tua yerk…

Esok gi kelas german language. 🙂 Mintak mintak everything goes smooth!

kemas bilik

Aku masih sibuk mengemas bilik.Buang segala khazanah yg rasanya tak diperlukan lagi. Bersih jugak laa laci aku. Nany beli tv baru, best best… almaklum tv lama tu kaler nyer semakin teruk. So sementara menunggu saat kematian tv lama tu letaklah kat bilik aku. Harapnya tak mengganggu study;)

Esok laundry day pulak. Agghh..lusa kelas!!! Ku belek belek brg lama, sempat juga membaca surat surat lama pemberian kekasih dan teman teman.People change and forget to tell each other, tapi dgn surat surat inilah membantu aku mengimbas kembali kenangan suka duka masa silam. Aku baca surat abang, atik-roomate lamaku di taiping, dan sempat gelak jugak bersama Nany & Ilham bila tgk gambar bebudak lelaki batch aku masa 1st year kat Madison ni. Ntah apsal semua rambut style zaman 60an sahaja…Sorry;)

Aku dah cuci gambar hari raya baru ini, tapi belum sempat scan sbb scanner aku buat hal tadi. Mentang mentang scanner free, suka hati sahaja meragam!

heppy burfday aida!

Semalam celebrate birthday aida. Selamat ulangtahun ke-22 Aida! Kitorang buat rules baru thn nie, birthday girl kena belanja makan. Muahahhaha..jahat sungguh. Lps tu balik rumah makan kek aiskrim oreo pulak. Nyum nyummm…

Ada temanku kena tolak kereta sampai tol sebab minyak habis. Kalau mak aku yg ada dalam kereta tu, 2 hari baru habis pot pet agaknya:)

Selasa ni bermulalah semester baru. Ada beberapa perkara lagi perlu aku selesaikan. Nak buat laundry, nak kemas brg brg sekolah, dan nak menjejaki pencil case ku yg sudah hilang berminggu minggu:)

Harapnya semester ni berjaya ditempuhi dengan sempurna, InsyaAllah…

karenah bebudak

Does your grandma lives with you?

No,she lives in the White House:)Ben jawab soalan aku innocently. Ben ni antara budak plg nakal sekali kat tadika aku kerja. Hero laa kiranya. So kalau time lunch kena sembang sembang sket dgn dia,bagik dia fokus sket.Kalau tidak habis tupperware makanan terbalik.

Mcm mcm karakter budak tadika aku. Ian-kengkadang ckp sorang sorang dan tak fokus kalau kita ckp dgn dia. Selalu pretend nangis kalau nak apa apa.

Alex-Sengaja jadik dependent walaupun sebenarnya capable buat benda sendiri,cthnya ikat tali kasut,suap makanan,buang sampah,etc. Cecikgu tadika semua akan suruh dia buat sendiri,almaklum mat saleh very independent kan. Tapi dia ni budak India so kat rumah agaknya mak dia dah biasa layan dia. (not wanting to be race bias here–just thinking that different culture has different value)

Kaelan-Oghe kelate kate “tebolah” a.k.a careless. Asik langgar barang, dan selalu terjatuh sana sini. Fuhh…

Dan bermcm mcm lagiklaa karenah bebudak sini. Nasik baik comel comel kan..Itulah aku terfikir kerja dgn budak ni walaupun leceh jugak, rasanya kerja dgn org tua atau org cacat lagik mencabar.Sbb budak kan muka comel, terhibur laa sket.Mcm semalam Jacob goyang goyang punggung dia seblm nak buang air sbb nak tayang cartoon Pooh kat underwear dia;)