long distance relationship

Hari ni masak nasik kerabu for the first time dgn aida. Selama ni kalau teringin nak makan,asyik mengharapkan lea dan lisa. Lea dah tader, kenalah belajar masak sendiri:) Ajak Kib & Ijan sekali datang buat solok lada.Belajar satu resepi baru, boleh try bila dah balik Malaysia. Mesti mama terkejut. Dulu dia seorang sahaja yang suka makan solok lada dalam rumah aku.

Lepas makan sahaja, terus aku tertidur. Dahsyat betul penangan nasik kerabu. Sampaikan terlupa nak kejutkan abang. Terjaga dah lebih pukul 8 mlm, adusss…Tgk tgk abang kata kelasnya cancel. Nasib baik. Selalu juga aku terlupa pesanan abang suruh kejutkan dia. Kengkadang terlupa atau tertidur, kengkadang tu terleka sbb tgh tgk tv atau shopping dgn kengkawan. Risau juga aku takut dia fikir aku tak ingatkan dia. Tapi walau kami terpisah beribu ribu batu, tak pernah sekali pun aku lupakan dia. Cuma mcm aku belajar dalam kelas com arts haritu, long distance relationship gives more times to spend with own friends and achieve own goals, but will give less time to each other. Sebelum aku fly dulu pun, aku sendiri waswas samada kami boleh komited atau tidak dalam long distance relationship. Tapi setelah 3 tahun aku bertapak di bumi Amerika ni, rasanya elok juga di usia macam ni kami habiskan lebih banyak waktu mentelaah pelajaran dan bersama kawan kawan. Sebab bila dah kahwin nanti, tak adalah rasa terkongkong dan menyesal pulak. Yang penting kepercayaan dan kesetiaan. Kalau kedua dua pihak tak curang, insyaAllah cinta akan bersatu jua…

Ada seorang kawan Kaklah dulu study dekat Indiana. Everytime nak keluar rumah kena call boyfriend kat Malaysia bagitahu. Kalau tidak boyfriend dia mengamuk dan tuduh dia pergi berparty dgn lelaki lain. Pelik sungguh bercinta macam tu. Tak ada give & take langsung. Nasib baik juga aku rasa akak tu dah berpisah dengan ex dia dan kahwin dgn org lain. Dah ada 2 anak pun:)

Aduhh..kenyang tadi masih terasa. Bkn aku seorang tewas, Aida dan Nany pun tersungkur tidur. Ni lah org kata kempunan sangat makanan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s