ke mana hilangnya budi bahasa

Yang kurik itu kundi,Yang indah itu saga,

Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Mengapa susah sangat bagi seseorang untuk berbudi bahasa? Perkara ni rasanya terlalu asas, hinggakan tak perlu diajar di sekolah.Tapi mengapa ada insan insan yg bagaikan lupa adab sesama insan, terlupa senyuman mahu pun salam.Yang lebih menyakitkan hati kalau kekadang tu buat lawak tidak bertempat, hingga boleh mengguris hati mereka yang mendengar….

Walaupun mungkin sesetengah orang memandang remeh, tapi kalau dialami beberapa kali hati terusik jua. Lebih lebih lagi buat mereka yang lebih berusia atau pun yg di kampung. Mesti terkejut melihat ada anak melayu yang hilang tatasusila diri. Sedangkan orang putih sendiri kat sini tak lekang dgn senyuman, ditambah lagi dengan “how do you do” setiap kali berselisih jalan. Patutnya kita orang Asia yang lebih kaya dgn sopan santun.Lebih lebih lagi agama Islam sendiri menyuruh kita beradab sesama manusia. Memanglah Malaysia semakin maju, tapi harapnya budaya kesopanan kita tak ditinggalkan di belakang. Tak dapat bayangkan kalau bakal mak mentua aku dapat menantu yg tak reti budi bahasa, mesti mengalir air mata. Nasiblah aku ni baik kan?😉

Walaupun ada insan yang sudah lupa dengan budaya sopan santun kita, harapnya mereka itu cuma segelintir.Kerana aku bangga hidup di bumi Malaysia yang kaya dengan budi bahasa,dan aku mahu anak anak aku jua berasa begitu di masa depan.Moga tradisi turun temurun warisan bangsa kita tak dilupakan dek percikan kemajuan…InsyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s