long distance relationship

Hari ni masak nasik kerabu for the first time dgn aida. Selama ni kalau teringin nak makan,asyik mengharapkan lea dan lisa. Lea dah tader, kenalah belajar masak sendiri:) Ajak Kib & Ijan sekali datang buat solok lada.Belajar satu resepi baru, boleh try bila dah balik Malaysia. Mesti mama terkejut. Dulu dia seorang sahaja yang suka makan solok lada dalam rumah aku.

Lepas makan sahaja, terus aku tertidur. Dahsyat betul penangan nasik kerabu. Sampaikan terlupa nak kejutkan abang. Terjaga dah lebih pukul 8 mlm, adusss…Tgk tgk abang kata kelasnya cancel. Nasib baik. Selalu juga aku terlupa pesanan abang suruh kejutkan dia. Kengkadang terlupa atau tertidur, kengkadang tu terleka sbb tgh tgk tv atau shopping dgn kengkawan. Risau juga aku takut dia fikir aku tak ingatkan dia. Tapi walau kami terpisah beribu ribu batu, tak pernah sekali pun aku lupakan dia. Cuma mcm aku belajar dalam kelas com arts haritu, long distance relationship gives more times to spend with own friends and achieve own goals, but will give less time to each other. Sebelum aku fly dulu pun, aku sendiri waswas samada kami boleh komited atau tidak dalam long distance relationship. Tapi setelah 3 tahun aku bertapak di bumi Amerika ni, rasanya elok juga di usia macam ni kami habiskan lebih banyak waktu mentelaah pelajaran dan bersama kawan kawan. Sebab bila dah kahwin nanti, tak adalah rasa terkongkong dan menyesal pulak. Yang penting kepercayaan dan kesetiaan. Kalau kedua dua pihak tak curang, insyaAllah cinta akan bersatu jua…

Ada seorang kawan Kaklah dulu study dekat Indiana. Everytime nak keluar rumah kena call boyfriend kat Malaysia bagitahu. Kalau tidak boyfriend dia mengamuk dan tuduh dia pergi berparty dgn lelaki lain. Pelik sungguh bercinta macam tu. Tak ada give & take langsung. Nasib baik juga aku rasa akak tu dah berpisah dengan ex dia dan kahwin dgn org lain. Dah ada 2 anak pun:)

Aduhh..kenyang tadi masih terasa. Bkn aku seorang tewas, Aida dan Nany pun tersungkur tidur. Ni lah org kata kempunan sangat makanan Malaysia

Advertisements

wayang

Baru balik dari tgk LOTR- The Two Towers with all my friends. Best giler cerita tu,konpius aku saper yg tak suka..Walaupun ceritanya 3 jam, I never get bored for even on second. Tapi entah apsal part cintan dia lebih dari yg 1st dulu. Nak bagi Liv Tyler more dialogue agaknya:)

Bila pergi wayang ni teringat laa jugak time pergi wayang dengan abang waktu kat Malaysia. Yup, he is always in my mind:) Kat sini wayang lebih kepada family entertainment,pakcik makcik tua pun penuh dalam panggung bawak anak cucu mereka. Tapi kat Malaysia lebih kepada tempat bertenet. Itu pun rasanya dah ok sikit dari dulu. Seingat aku masa sekolah rendah dulu, masyarakat memandang wayang ni macam tempat maksiat yang lebih kurang sama tarafnya dengan kelab malam. Mana taknya, wayang zaman dulu pun aku tgk gelap semacam je-macam kat atas kotaraya tu. Bila ada rangkaian panggung macam TGV and GSC barulah lebih ramai org ke panggung dgn teman teman. Aku ingat lagik 1st time masuk TGV yg pertama dibuka, dekat OU. Tgk Broken Arrow dgn Kaklah. Time tu kira sistem THX ni masih barulah…bkn main syiok lagik.

Rasanya terpulang kepada individu masing masing nak anggap wayang ni tempat maksiat atau tidak. Tapi asalnya ia disediakan sebagai landasan industri filem.Satu yang aku kurang berkenan, patutnya kita di Malaysia mansuhkan slot tayangan waktu maghrib pukul 7.00 malam tu, sebab sure org yg menonton terlepas waktu solat. Aku dulu pun pernah tersangkut waktu tu.Walaupun time tu aku boleh jamak sebab bermusafir, still rasa bersalah dalam diri tak hilang hilang. Itulah orang kata, dosa kita akan terus menghantui walaupun kita cuba nak lupakan.

As time goes by, harapnya orang Malaysia pun akan jadikan wayang sebagai places for family entertainment. Rasa macam terlalu desperate couple2 yang ambil kesempatan dalam wayang tu utk buat maksiat. Lagipun ayah dan ibu beri kepercayaan sepenuhnya kepada kita bila kita minta izin nak pergi tgk wayang. Bila kita menyelam sambil minum air tu, menipu juga namanya, kan?

Elakkan Mengumpat

Tadi telefon si dia. Dia ingatkan aku tentang mengumpat. Ya, kekadang bila sudah terlalu geram habis semua keluar sampaikan terlupa batas batas Islam. Lebih lebih lagi orang perempuan. Agaknya macam aku belajar kelas com arts dulu, girls talk to each other, guys do stuff with each other. Itulah sebabnya orang kata perempuan lebih senang terjebak dengan dosa mengumpat ni.

Yup, I need to be more careful dalam bercakap. Dosa lain pun dah banyak, tak mahu ditambah lagi. Terima kasih abang kerana mengingatkan. Inilah kelebihan ada teman, saling memperingati benda baik. Selagi perhubungan itu membawa ke arah yg baik,alhamdulilah…Kalau ia lebih banyak membawa penderitaan atau lebih menjurus ke arah dosa, rasanya lebih baik tak usah berteman. Cinta kepada Allah lebih penting, kan?

Tahun baru tak lama lagi, azam baru? Aku ada banyak azam sebenarnya di dalam diri, tak payah hendak menanti tahun baru. Tapi kekadang azamku bagai hangat tahi ayam sahaja. So, kali ni azam aku buat apa apa kerja pun takmo hangat hangat tahi ayam dah! hehehe…

Yg paling penting, aku nak jadik muslimah yg lebih menitikberatkan islam dan lebih rajin berusaha dalam menuntut ilmu. Aku ingin jadikan al quran teman setiaku. Kerana dulu aku pernah leka sampaikan terlupa utk membeleknya…harapnya kali ini tidak lagi, kerana aku merindui ketenangan dulu…

And abang, don’t worry…I’ll try to keep it to myself next time. Atau pun pot pet pot pet dalam telefon pun ok jugak kan,sekadar nak melepaskan geram? 🙂

lagi lagi senario

Semalam selepas dinner di Restoran Bandung, tgk cd Lagi Lagi Senario dgn Aida. Haritu dah pernah tgk, tapi sbb minat kat Senario kan..hehehe…

Cerita tu memanglah lawak, tapi sebenarnya byk mesej tersirat aziz cuba utk sampaikan. Mmg lumrah org melayu berniaga selalu sperti yg digambarkan, dengki mendengki dan berusaha utk menjatuhkan satu sama lain. Perkara ni bkn dalam skop perniagaan sahaja, tapi juga dalam xtvt seharian lain. Kat sekolah,kalau ada yg lebih cemerlang,mesti ada yang benci dan mengumpat tentang dirinya. Even dalam komuniti jiran tetangga, kalau ada yg nampak lebih kaya, pun kena kutuk. Macamana lah agaknya kita nak maju.

Sinis sekali bila warung lan dan azlee kena roboh dgn traktor kepunyaan tokeh cina dan india. Mcm laa dunia realiti org melayu mengharapkan subsidi kerajaan utk mula berniaga, tapi lazimnya pemilik tanah dan pemilik kontrak kontrak besar semuanya hakmilik cina. Kita ni mmg pemalas ker? Harapnya bangsa kita akan lebih membangun di masa hadapan, InsyaAllah…berat jugak tanggungjawab generasi baru yerk.

Bebudak ohio sampai rumah pablo semalam. Aku malas nak masak lunch utk diorang. Terasa macam tuan rumah yang tak bertanggungjawab sahaja,tapi sebab diorang semua sampai 11 orang aku rasa baiklah makan kat luar.Tak menyusahkan mana mana pihak.Harapnya diorang tak kecil hati laa hendaknya…

hadiah dari Malaysia

Yeyeyeye!!!

Semalam dapat hadiah sepasang baju dari si dia…:) Tak expect pun sbb baru haritu dapat parcel. Suka sangat…!!! Aku pulak yang tak pos pos lagik barang abang dan kaklah..pemalas betul! InsyaAllah..aku akan pos tak lama lagik:)

Abang cerita dia belajar pengekstrakan nexcafe, samalah cara dgn Singapore buat Newater tu. Boleh caya ker Newater tu? Aku ni terlalu sedikit ilmu agama, so dari segi hukum mmg tak pasti laa sah atau tidak air Newater tu. Tapi kalau dari segi perasaan aku sendiri, kalau boleh mmg tak sanggup minum air tu. Bersyukur sangat sangat dilahirkan di Malaysia, dapat minum air segar.

Hari tu pergi BTN pun fasilitator cerita org org melayu di Singapore jauh bezanya dgn org melayu Malaysia. Mereka tiada keistimewaan di tanahair sendiri. Katanya, org melayu ramai yg jadi buruh di sana.Amalan Islam juga dikawal.Tak tahu lah sejauh mana kebenaran cerita mereka,dah lama tak ke Singapore.Tapi itu memberi peringatan kepada kita agar sentiasa berusaha memajukan bangsa sendiri, jangan biar ditindas orang.

Semoga Allah memanjangkan umur kami sekeluarga, dan jauhkan kami semua dari perkara yg dimurkai-Nya…Amin.

ke mana hilangnya budi bahasa

Yang kurik itu kundi,Yang indah itu saga,

Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Mengapa susah sangat bagi seseorang untuk berbudi bahasa? Perkara ni rasanya terlalu asas, hinggakan tak perlu diajar di sekolah.Tapi mengapa ada insan insan yg bagaikan lupa adab sesama insan, terlupa senyuman mahu pun salam.Yang lebih menyakitkan hati kalau kekadang tu buat lawak tidak bertempat, hingga boleh mengguris hati mereka yang mendengar….

Walaupun mungkin sesetengah orang memandang remeh, tapi kalau dialami beberapa kali hati terusik jua. Lebih lebih lagi buat mereka yang lebih berusia atau pun yg di kampung. Mesti terkejut melihat ada anak melayu yang hilang tatasusila diri. Sedangkan orang putih sendiri kat sini tak lekang dgn senyuman, ditambah lagi dengan “how do you do” setiap kali berselisih jalan. Patutnya kita orang Asia yang lebih kaya dgn sopan santun.Lebih lebih lagi agama Islam sendiri menyuruh kita beradab sesama manusia. Memanglah Malaysia semakin maju, tapi harapnya budaya kesopanan kita tak ditinggalkan di belakang. Tak dapat bayangkan kalau bakal mak mentua aku dapat menantu yg tak reti budi bahasa, mesti mengalir air mata. Nasiblah aku ni baik kan? 😉

Walaupun ada insan yang sudah lupa dengan budaya sopan santun kita, harapnya mereka itu cuma segelintir.Kerana aku bangga hidup di bumi Malaysia yang kaya dengan budi bahasa,dan aku mahu anak anak aku jua berasa begitu di masa depan.Moga tradisi turun temurun warisan bangsa kita tak dilupakan dek percikan kemajuan…InsyaAllah…

kasih ibu

Lara,Now you’re officially online, hooray!! Well,you are nearly 8 years old now :p, coz I’ve been writing for 8 years, fuhh. 4 books of precious memories, and now i’m taking another step to make it online. Been thinking of doing this for a few months back, Shaz yg cadangkan. Tapi kerana terperangkap dengan kesibukan exam, baru kali ni dapat disempurnakan niat. Alhamdulilah,beberapa result exam yg dah keluar semuanya ok. Bak kata Pablo, cikgu Act Sci tu baik hati, sampaikan aku dapat grade yg aku tak pernah terfikir pun nak dapat, Alhamdulilah…

Well, this is the first winter break aku tak ke mana mana.Sebab utama tader duit pun, plus rasa cam nak rest jer. A very exhausted semester for me. Semalam sibuk memasak sempena open house raya. Aku masak nasik minyak, ayam masak merah & acar, Nany masak puding and Shaz masak the rest. Itupun telefon mama beberapa kali sebelum masak nak make sure nothing will go wrong. Waduss..penat sungguh memasak ni. Macamana laa mama boleh buat every year? Alone? Tak masuk lontong,rendang, and daging beriyani lagik tu. Oh my, betapa hebatnya seorang ibu.

One thing that I always remember about mama. My first day kat tadika fatima – aku tak ingat laa apsal aku sedey (takut agaknya). So mata aku berair la, mama tunggu kat luar kelas. Then time recess jumpa dia and she asked kenapa mata berair. I was ashamed to admit so I just answered lampu tadika tu terang sangat sakit mata ( duhh..).  Well, at that time baru umur 5 thn so rasa mcm bagus laa excuse tu, and she just nodded her head to me with her eyes showed she believed me. Sekarang ni baru rasa how lame my excuse was..Ada ker salahkan lampu-anyone would just laugh for that stupid reason. Anyone…BUT NOT HER. she is so special that sometimes I feel like if I know she’s going to live for 100 more years, I want to live for 99 years and 364 days, so I don’t have to live another day without her…Don’t you think it’s weird how mothers always believe in their children’s dreams and success, but we still sometimes taking advantages of that by lying at them…